RubenPillay a/l Duraisamypilai Shamini a/p Sridaran
(16DAT16F1115) (16DKA16F1123)


SEMANGAT PATRIOTISME
APAKAH ITU PATRIOTISME?
Patriotisme
berasal dari kata Patriot,yang artinya adalah pecinta dan pembela tanah
air.Sedangkan patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah
air.Pengertian patriotisme adalah sikap untuk selalu mencintai atau
membela tanah air,seorang pejuang sejati,pejuang bangsa yang mempunyai
semangat,sikap dan perilaku cinta tanah air,dimana ia sudi mengorbankan
segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan,kejayaan dan
kemakmuran tanah air.
KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Semangat patriotisme amat penting dalam kalangan masyarakat.Hal ini
kerana semangat patriotisme memainkan peranan yang utama dalam konteks
negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Tujuan
utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk
memperbaiki dan meningkat semangat patriotisme di kalangan semua
rakyat.Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat
patriotisme di kalangan rakyat.
Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah
untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan
wujudnya semangat tersebut,pasti negara akan sentiasa aman dan
damai.Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika
rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme.Apabila keadaan ini
berlaku,pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin
menjajah lagi negara kita.
Selain itu,semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada
kemajuan negara.Dengan wujudnya semangat patriotisme,rakyat akan bekerja
kuat untuk memajukan negara.Rakyat juga akan bererja bersungguh-sungguh
agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.Semangat patriotisme
akan menjadikan keadaan negara aman dan damai dan ini akan mendorong
lebih ramai pelabur asing membuka perniagaan di
Malaysia.Sesungguhnya,kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang
pekerjaan,menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya rakyat kita
akan terus maju.
Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum.Sesungguhnya,
semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan
kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum.Dengan wujudnya
perpaduan kaum,maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program
pembangunan untuk kemudahan rakyat.Seterusnya,suasana harmoni ini akan
dapat meransang perkembangan sektor pelancongan negara.
Kebaikan lain kepentingan patriotisme di kalangan rakyat ialah dapat
menjadi contoh kepada generasi muda.Generasi muda khususnya lahir
selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme.Dengan
adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat
patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan pasti dapat memberi
kesedaran kepada generasi muda.Selain itu, generasi muda yang mempunyai
semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dalam perkara negatif
seperti gejala sosial dan vandalisme.Sesungguhnya,mata pelajaran Sejarah
yang diajar adalah baik kerana apat memberikan pengetahuan dan
pengajaran tentang sejaraj negara kepada generasi mudah.
Di samping itu,semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat
menaikkan imej dan mengharumkan nama negara.Malaysia terkenal sebagai
sebuah negara yang aman dan pesat membangun.Negara Malaysia dapat
membagun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriostisme yang tinggi
di kalangan rakyat.Oleh itu tidak hairanlah negara Malaysia telah menjai
contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di
kalangan rakyat.Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah
dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara
jiran.Sayangi dan cintailah negara supaya ia sentiasa kekal harmoni.
RUJUKAN
PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME
Sejak
akhir-akhir,isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita pada masa kini sering
diperkatakan.Punca-puncanya ialah:
Mereka Tidak Pernah Mengalami Dan Merasai Susah Payah Membebaskan Negara Daripada Cengkaman Penjajah.
Mereka
tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan
seperti.Contohnya,Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap
dan lain- lain lagi. Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda
dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai.Lagipun negara kita
telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat
pesat.Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini .Oleh itu
dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan
dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas
kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka.
Sistem Pendidikan
Kita
dapati sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara kita juga kurang
memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan
negara.Mengapa dikatakan begitu?Perhatikan saja kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya
3M.Lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula
Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.Kedua-dua kurikulum
ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan.Melalui KBSR
murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap
Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang
berpeluang melangkau kelas.Begitu juga untuk mendapat tempat di
sekolah-sekolah yang berprestasi seperti Maktab Rendah Sains Mara dan
sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu
pengukurnya. Dalam pada itu ,perkara yang menghairankan kita mata
pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di
kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian
Pendidikan.Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya
dipersalahkan?Kita tidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan
moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan
kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya.Bagaimankah kalau
seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah?Apakah yang
terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam
matapelajaran Pendidikan Moral ?Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang
sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.
Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang
lebih tinggi.Kesan daripada sistem pendidikan sedemikian menyebabkan
para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran
tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga
sahaja.Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu
elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini.
Pengaruh Budaya Global
Pada
era kini kita juga menyaksikan pelbagai alat elektronik, hiburan,
kegiatan seni, makanan dan minuman, bahan bacaan dari luar membanjiri
pasaran tempatan. Remaja belia jelas merupakan kumpulan sasar utama bagi
segala alatbarangan dan bahan tersebut. Globalisasi tambah memudahkan
nilai dan budaya luar (tak kira baik atau buruk bagi masyarakat kita)
mempengaruhi generasi muda, menjadikan mereka lebih global.Dengan
globalisasi yang semakin memecahkan segala tembok sempadan, perasaan
sepunya (sense of belonging) turut terhakis.Patriotisme dengan
nilai-nilai,semangat dan tindak-tanduk yang bertunjangkan kepentingan
nasional sudah tentu terpaksa bersaing hebat dengan pengaruh global yang
kuat dan semakin meluas ini.
Peranan Teknologi
Peranan
teknologi itu sendiri terhadap kurangnya semangat patriotic di kalangan
belia ini. Teknologi merupakan satu medium yang digunakan untuk
menyampaikan apa yang perlu diketahui umum terutamanya golongan belia
yang dianggap sebagai peneraju utana negara. Antara contoh saluran yang
digunakan dalam usaha menyampaikan maklumat kepada golongan belia masa
kini adalah seperti blog, akhbar, laman-laman sesawang diantaranya
seperti Facebook, Twitter, dan lain-lain. Kebanyakan maklumat yang
disampaikan adalah berkaitan perkembangan tentang isu-isu semasa yang
berlaku di dalam dan di luar negara.
Kekurangan Pengetahuan Sejarah
Generasi
belia juga didapati cetek atau kurang pengetahuan tentang latar
belakang dan sejarah bangsanya. Keadaan ini terjadi disebabkan Sejarah
tidak lagi menduduki tempat yang istimewa seperti sebelum ini.
Pengetahuan sejarah tidak dianggap suatu perkara penting di pasaran
kerja dan tidak mendapat galakan yang sepatutnya daripada kalangan
dewasa. Kegiatan-kegiatan yang dapat mendidik atau mendedahkan generasi
muda kepada akar dan sejarah bangsanya seperti melalui pelbagai kegiatan
seni dan budaya ternyata amat terhad dan ini tidak membantu memupuk
kesedaran dan keinsafan terhadap nasib dan masa depan bangsa dan negara
di kalangan mereka. Kekurangan kesedaran dan kefahaman sejarah tentu
tidak membantu memupuk patriotisme di kalangan generasi muda. Kekadang
itu ditanya kepada golongan belia adakah kenal beberapa tokoh perjuangan
negara, ada yang langsung tidak kenal. Ini amatlah menyedihkan.
RUJUKAN
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm
- http://www.utusan.com.my/berita/nasional/patriotisme-rakyat-semakin-terhakis-1.376719
- http://www.hmetro.com.my/node/77519
- http://zaqaziq.perubatan.org/v1/2015/09/artikel-memaknakan-kembali-patriotisme-dan-janji-kemerdekaan/
CARA CARA UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME
Semangat patriotik semakin luntur
dalam kalangan masyarakat di Negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh
banyak pihak.Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan
sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain.Pada pendapat
mereka,perkara yang pening dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapat
semata-mata.Oleh itu,mereka
tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan,contohnya anggota
masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun
kemerdekaan Negara dijalankan.Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang
boleh dijalankan untuk maningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di Negara kita.
Satu daripada caranya adalah dengan memberikan
penekaan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah
lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebab dalam diri pelajar
seperti kata peribahasa melayu”melentur
buluh,biarlah dari rebungnya”.Sekiranya semagat patrioik dapat dipupuk sejak
kecil,sudah tentulah semangat patriotik akan terus dikekalkan hingga dewasa.Tambahan
pula,amalan ini pening kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa
cinta akan Negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukan nama
Negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekaan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan insitusi pengajian tinggi.Sekiranya perkara ini dilakukan,murid-murid
akan memahami dan menghayat semangat patriotik kerana aspek
tersebut dipelajari dalam mata
pelajaran tertentu.Dengan perkataan lain,perkara itu akan dipelajari
secara formal di dalam kelas,diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan
dalam kehidupan seharian.Oleh hal yang demikian,semangat patriotik itu
akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di insitusi pangajian tinggi.Pihak yang
bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui
media masa.Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat persekolahan tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di Negara kita.
Oleh itu
,kementerian penerangan Malaysia,di samping media electronik seperti dalam kalangan masyarakat .Dengan perkara lain,televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan Negara.Selain itu media
elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong,Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan Negara.Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini.Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.Oleh itu,aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampong perlulah digalakkan.Di samping itu,Jabatan penyiaran atau stesen
televisyen juga perlu mengadakan forum tentang patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan sautu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di Negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin Negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman
politik.Dengan cara itu,anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin meraka yang memiliki semangat patriotik yang tinggi.Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-
pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati.Hal ini penting kerana,kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati,dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak akan memberi makna bagi kepada
generasi yang akan datang.
Oleh hal demikian,usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti.Hal ini
demikian kerana,semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan Negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendidri.Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk mamajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat ,setanding dengan negara-negara maju yang lain.Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja,pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri.Oleh itu,semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
3)Kita mestilah menjadi suri teladan yang baik kepada generasi yang akan datang.
4)Kita patut mengamalkan nilai cinta akan negara agar kasih sayang terhadap negara tidak pudar.
5)Kita perlu mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
KESAN DARIPADA TOPIK
Dengan wujudnya topik semangat patriotisme ini, negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke-59 dan melalui sambutan hari kemerdekaan ini, kita dapat melihat betapa aman harmoninya negara kita melalui gelak ketawa masyarakat.Kesan seterusnya ialah proses pemodenan negara akan berjalan dengan lancar. Ini akan dapat dilaksanaakan jika adanya respon dan kerjasama dalam kalangan rakyat. Oleh itu, dengan adanya semangat patriotisme, masyarakat akan lebih memetingkan hal-hal untuk memajukan negara daripada diri sendiri agar negara agar mampu "Berdiri sama thinggi, duduk sama rendah: dengan negara negara maju yang lain seperti Jepun dan China. Kereta-kereta dan barangan-barangan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menera Berkembar Petronas adalah bukti hasil titik peluh masyarakat dalam memodenkan negara.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin Negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman
politik.Dengan cara itu,anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin meraka yang memiliki semangat patriotik yang tinggi.Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-
pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati.Hal ini penting kerana,kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati,dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak akan memberi makna bagi kepada
generasi yang akan datang.
Oleh hal demikian,usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti.Hal ini
demikian kerana,semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan Negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendidri.Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk mamajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat ,setanding dengan negara-negara maju yang lain.Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja,pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri.Oleh itu,semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
RUJUKAN
- Buku Patriotisme Malaysia Penangkis Neoimperimperialisme karya Ruhanie Ahmad, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
- http://www.bharian.com.my/node/71497
- https://www.youtube.com/watch?v=M8M0QU2qXtU
Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Semangat Patriotik
Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat sering diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang
langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita.
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam
kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan.
Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat
yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota
masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang
berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara
kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Antranya ialahmemupuk semangat patriotik sejak dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam
diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program
seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara
ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik
dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus
diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini
penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan
negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama
negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus
sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan
kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga
mestimenjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu
bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan
hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat
tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.
Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang
semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan
kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di
samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan
untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat
patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan
dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
RUJUKAN
KESIMPULAN
Agenda
patriotisme perlu disemarakkan di kalangan masyarakat Malaysia dan
bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka
tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat.
Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada
pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa patriotik
yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapl kini, kita
perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki
penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara
dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semsangat patriotisme sejati.
PENGAJARAN
1)Kita haruslah mengutamakan kepentingan negara dan sentiasa berpatriotik terhadap negara.
2)Kita juga perlulah menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara.3)Kita mestilah menjadi suri teladan yang baik kepada generasi yang akan datang.
4)Kita patut mengamalkan nilai cinta akan negara agar kasih sayang terhadap negara tidak pudar.
5)Kita perlu mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
KESAN DARIPADA TOPIK
Dengan wujudnya topik semangat patriotisme ini, negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke-59 dan melalui sambutan hari kemerdekaan ini, kita dapat melihat betapa aman harmoninya negara kita melalui gelak ketawa masyarakat.Kesan seterusnya ialah proses pemodenan negara akan berjalan dengan lancar. Ini akan dapat dilaksanaakan jika adanya respon dan kerjasama dalam kalangan rakyat. Oleh itu, dengan adanya semangat patriotisme, masyarakat akan lebih memetingkan hal-hal untuk memajukan negara daripada diri sendiri agar negara agar mampu "Berdiri sama thinggi, duduk sama rendah: dengan negara negara maju yang lain seperti Jepun dan China. Kereta-kereta dan barangan-barangan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menera Berkembar Petronas adalah bukti hasil titik peluh masyarakat dalam memodenkan negara.